PORT DICKSON: Seorang peserta tempatan Port Dickson International Triathlon 2018 disahkan lemas manakala seorang lagi peserta dari Hong Kong masih hilang ketika menyertai acara renang di Pantai Batu 5, di sini, hari ini.

Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, mayat Tharm Wei Wong, 39 dari Pulau Pinang ditemui pasukan pengiring terapung jam 8 pagi.

Katanya, pada jam 11.55 pagi, pihaknya menerima aduan daripada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan selaku penganjur, seorang peserta dari Hong Kong didapati hilang, ” katanya ditemui di pantai itu ketika mengetuai pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Norazam berkata, lelaki dikenal pasti sebagai Yuen Chi Yuen berusia 41 dan menyertai acara sukan lasak itu bersama rakan senegaranya.

“Buat masa ini kerja pencarian diperluaskan di kawasan dua batu nautika. Kami menggunakan sebuah jet ski dan empat bot untuk mencari mangsa,” katanya – berita harian