SINGAPURA – Seramai 10 kelasi Amerika Syarikat (AS) hilang dan lima lagi cedera selepas kapal pemusnah USS John S. McCain berlanggar dengan sebuah kapal tangki dekat Teluk Ramunia, timur Johor awal pagi semalam.

Perlanggaran itu merupakan kemalangan kedua melibatkan kapal perang AS dalam masa dua bulan.

Kapal pemusnah itu, USS John S. McCain bertembung dengan kapal dagang, Alnic MC pada awal pagi, kata Tentera Laut AS.

“Laporan awal me­nunjukkan John S. McCain mengalami kerosakan pada bahagian kiri kapal.

“Terdapat 10 kelasi hilang dan lima yang lain cedera. Usaha menyelamat dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan,” kata Tentera Laut AS dalam satu kenyataan selepas kapal John S. McCain tiba di Pangkalan Tentera Laut Changi di sini.

-Kosmo