KUALA LUMPUR: Sebanyak 100 food truck menyediakan pelbagai makanan dan minuman secara percuma untuk orang ramai bermula jam 6 petang hingga tamat majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini.

Tinjauan wartawan NSTP sekitar kawasan pelancaran mendapati pengusaha food truck menyediakan menu tempatan dan antarabangsa serta pelbagai jenis minuman.

Para pengendali food truck bukan sekadar dari Lembah Klang tetapi juga dari pelbagai negeri sudah berada di tapak pelancaran seawal pagi tadi.

Seorang pemilik food truck, Izani Ibrahim, 40, berkata dia dimaklumkan mengenai penyertaan dalam program itu pada Rabu lalu dan tidak melepaskan peluang untuk turut terbabit sama.

“Saya menyediakan jus nanas jenis MD2 yang segar dari ladang FAMA dan mengambil peluang ini untuk mempromosi jenama buah-buahan tempatan.

“Sebanyak 1,000 biji buah nanas diperah untuk menghasilkan jus yang akan disediakan percuma kepada orang ramai hari ini,” katanya – berita harian