ULU KINTA: Lebih 1,000 pegawai dan atlet dari 13 kontinjen mengambil bahagian di dalam Kejohanan Sukan Dwi Tahunan Pejabat-Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri SeMalaysia ke 14 (SUPERB XIV) yang berlangsung di sini pada 24 – 29 Julai ini.

3d029eb3-9a77-4536-a742-2075cc08abbb

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Dewan Seri Perdana, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah di sini pada Selasa.

0caf76f0-e1e1-4095-9a98-7d358e2745a5Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Dr Zambry di dalam ucapannya berharap kejohanan itu dapat merapatkan silaturrahim antara pegawai dan atlet yang mengambil bahagian sesuai dengan tema kejohanan Kesepakatan dan Kemesraan.

46a939f4-f030-4a75-888f-39a2723b9defDalam masa sama, beliau berharap, mereka dapat bertanding dengan penuh semangat kesukanan di samping menerapkan semangat ‘superp’ atau cemerlang, bukan sahaja dalam sukan tetapi juga sebagai tuan rumah.

3b86d590-07b7-4fbf-80ba-67b547fe88e7“Selaku tuan rumah, saya juga berharap pihak penganjur dapat memberi perkhidmatan yang terbaik,” katanya.

a0e70df3-edd6-48fc-861e-bb485105b255Dr Zambry turut menyarankan, sekiranya berkelapangan, pegawai dan atlet boleh melawat banyak tempat menarik dan menikmati keenakan makanan di sekitar Ipoh.

Sebanyak enam acara sukan akan dipertandingkan pada SUPERB XIV iaitu badminton, ping pong, tenpin bowling, futsal, dart dan karom di samping golf jemputan.

f438608f-904a-4ec8-b574-3a989b4f89f6

58b5bde5-4cf5-431e-85ce-2c9bf1810d67