KUALA LUMPUR – Seramai 1,093 penjawat awam diisytihar bankrap tahun lalu berbanding 960 orang tahun sebelumnya, Dewan Rakyat diberi­tahu semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, 606 kes kebankrapan melibatkan golongan itu direkodkan pada 2014 dan pada 2013 (617 kes) menjadikan 3,276 penjawat awam diisytihar bankrap dari tahun 2013 hingga 2016.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai perkara itu pada sidang di Dewan Rakyat di sini semalam.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, rekod Jabatan Insolvensi Malaysia bagi 2013-2016 menunjukkan 82,383 individu telah diisytihar bankrap oleh mahkamah.

-Kosmo!