Manjung: Tujuh lelaki dan dua wanita ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri dipercayai terbabit penyalahgunaan dadah dalam serbuan di dua lokasi berasingan di daerah ini, petang tadi.

Penolong Pengarah AADK Mokhtaruddin Mohamad berkata, semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 49 tahun.

“Tujuh lelaki dan dua wanita ditahan di dua lokasi berasingan di Lekir dan Teluk Muroh. Ujian awal saringan air kencing mendapati mereka positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, operasi yang bermula jam 9 pagi dan berakhir 3 petang tadi membabitkan 13 anggota AADK negeri dan daerah Manjung.