PARIT BUNTAR – Sebanyak 116 program telah disusun bagi menjayakan Program Pemukiman Menteri Besar di Daerah Kerian selama lima hari yang bermula Isnin hingga 20 Mei ini.

Ahli Dewan  Undangan Neger i (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat yang mewakili Pegawai Daerah Kerian berkata,116 program yang disusun itu termasuk program yang diberi perhatian kerajaan, antaranya isu permasalahan nelayan, pesawah dan perumahan rakyat.

SHAM Mat Sahat (dua kanan) dan Abu Bakar Ali (dua kiri) pada majlis taklimat Permukiman Menteri Besar di Daerah Kerian selama lima hari bermula Selasa.

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sendiri akan terlibat di dalam 10 program diikuti Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan satu program di Titi Serong.

Katanya, anggota  Exco  yang turut terbabit pada program itu ialah Datuk Saarani Mohamad 23 program; Datuk Dr Mah Hang Soon tiga program; Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid empat program; Dato’ Rusnah Kassim sembilan program; Datuk Samsudin Abu Hassan 10 program; Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria 19 program; Datuk Nolee  Ashilin Mohd Radzi satu program; Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria 11 program; Datuk Shahrul Zaman Yahya 11 program dan BAIDURI enam program.

“ Program pemukiman kali kedua selepas Hulu Perak ini diadakan bagi mendekatkan pemimpin-pemimpin peringkat negeri  dengan rakyat disamping menyelesaikan banyak masalah rakyat.

“Kita juga mengharapkan agar pemukiman yang baru di Kerian ini akan membuahkan hasil  yang baik untuk faedah dan kepentingan rakyat,’’ katanya kepada pemberita pada majlis taklimat di Pejabat Daerah dan Tanah Kerian di Parit Buntar pada Selasa.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abu Bakar Mat Ali.