Subscribe Now

Trending News

12 Biji Motosikal Dan Rumah Musnah Dijilat Api
Nasional

12 Biji Motosikal Dan Rumah Musnah Dijilat Api 

TAWAU – Sebanyak 12 buah motosikal musnah dijilat api selepas sebuah bengkel motosikal musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di kawasan Felda Umas-Umas di sini hari ini.

Selain itu, dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang tersebut turut memusnahkan sebuah rumah dua tingkat separuh kekal berkeluasan 21 meter x 18 meter.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, seramai empat anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan mengenai insiden terbabit pada pukul 6.08 petang.

“Sebaik tiba di sana, api sedang marak sehingga meranapkan sebuah rumah dua tingkat dan sebuah bengkel motosikal di kawasan berkenaan.

“Sehubungan itu, pasukan bomba bertugas segera bertindak menjalankan operasi memadam kebakaran,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Related posts