KUALA KURAU – Sejumlah 12 buah bot nelayan tempatan dan asing disita Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pengkalan Kuala Kurau pada tahun 2017 dilupuskan agensi itu pagi semalam.

Ketua Maritim Pengkalan Kuala Kurau, Leftenan Komander Mohamad Zainal, berkata, kesemua bot bernilai keseluruhan RM500,000 itu dimusnahkan setelah mendapat perintah pelucutan hak dari mahkamah dan kelulusan daripada Jabatan Perbendaharaan Malaysia.

Menurutnya, kesemua 12 buah bot ditahan ini adalah hasil tangkapan tahun 2017 lalu atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan.

“Kesemua bot ini sebelum ini ditempatkan di Jeti Pengkalan Maritim Kuala Kurau sementara menanti keputusan mahkamah dan Jabatan Perbendaharaan untuk tujuan pelucutan hak dan pelupusan.

“Maritim membuat pelupusan vesel-vesel tersebut dengan memotong dan menghancurkan vesel tersebut menggunakan jengkaut bagi menunjukkan ketegasan agensi dalam menguatkuasakan undang-undang,” katanya kepada media di sini hari ini – sinar