IPOH: Seramai 129 pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah disahkan menghidapi Influenza A (H3) atau selesema bermusim dan bukannya H1N1. Perkara ini diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.