SUNGAI BAKAP: Tiga belas cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 148.6 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Tambun jam 8.50 pagi tadi.

Jurucakap bomba berkata, setiba di tempat kejadian pihaknya mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), lori treler, Honda Civic dan sebuah van.

Beliau berkata, van yang terbabit dalam kemalangan itu membawa 13 penumpang dengan dua daripada mereka parah, sembilan cedera dan dua lagi tidak cedera.

“Dua penumpang MPV juga cedera dan semua mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan,” katanya – berita harian

1/2