BATU GAJAH: Hujan lebat yang turun di sekitar Batu Gajah petang tadi menyebabkan 13 buah rumah di beberapa kawasan di sini di landa banjir kilat.

Banjir kilat berlaku di Taman Cenderong Jaya, Rapat Sheikh Johan dan Jalan Tanjung Tualang.

Bagaimanapun paras air tidak sampai ke paras yang perlu berpindah dan keadaan semakin bertambah baik.

Jurucakap bomba dan penyelamat Batu Gajah memberitahu, pihaknya turut melakukan pemantauan ke beberapa kawasan hotspot di Kg Piandang Siputeh dan hadapan Sekolah Convent.

“Didapati kawasan-kawasan hotspot adalah baik dan tiada peningkatan paras air,” katanya dalam satu kenyataan.