IPOH: Sebanyak 14 buah keluarga yang menjadi mangsa ribu di Parlimen Batu Gajah pada Jumaat menerima bantuan wang tunai hari ini.

Bantuan disampaikan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu Gajah, Datuk Wira Mohd Yusof Kassim pada satu majlis ringkas di Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Pari Hilir.

WhatsApp Image 2017-04-30 at 15.46.24(1)

Dua hari ini, atap rumah 10 keluarga di Kampung Kuala Pari Hilir dan empat di Kampung Bali diterbangkan angin kencang dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang.

Semua mangsa dari Kampung Kuala Pari Hilir kemudiannya ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai kampung tersebut.

Kejadian juga dikatakan merosakkan atap 44 buah rumah di Kampung Seri Kinta di samping menumbangkan beberapa batang pokok, termasuk Pokok Ipoh di Dataran Stesen Keretapi.