BUKIT GANTANG – Sejumlah 1,400 pelajar asnaf sekolah agama rakyat di seluruh Parlimen Bukit Gantang menerima zakat disalurkan Yayasan Al-Fasal di  Masjid Almahmuddiah, Kampung Temelok, Trong di sini hari ini.

Calon BN Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal berkata, kesemua pelajar asnaf berkenaan menerima zakat bernilai RM200 seorang, manakala sejumlah 31 masjid di seluruh Parlimen itu menerima turut menerima zakat RM1,000.

Menurutnya, Yayasan Al-Fasal banyak membantu asnaf khususnya dalam memberi bantuan kebajikan dan bimbingan kepada mereka bagi meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.

Zambry(kiri) sempat menyantuni sebahagian penduduk Kampung Temelok, Trong, Parlimen Bukit Gantang

“Penyaluran sumbangan zakat ini juga memupuk perasaan kasih sayang antara sesama manusia di samping membendung sikap permusuhan antara sesama umat Islam,”katanya pada majlis penyerahan zakat oleh Yayasan Al-Fasal kepada Asnaf di Masjid Almahmuddiah Kampung Temelok Trong, di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut hadir ke majlis itu bagi beramah mesra dengan penduduk sekitar kawasan Trong di sini.

Beliau turut menunaikan solat Maghrib berjemaah dengan penduduk kampung dan kemudian menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Kampung Sendok.

Turut hadir Datin Seri Saripah Zulkifli dan calon BN Dun Trong, Jamilah Zakaria.

BERITA BERKENAAN : harapan penduduk tambun untuk perhatian calon parlimen