KUALA LUMPUR – Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Kedah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang ini, pesawat malang yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth itu sedang melakukan penerbangan dengan membawa empat anak kapal dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia untuk misi ulang bekal.

Menurut kenyataan Maktab Tentera Udara, semua anak kapal termasuk penumpang helikopter nuri itu selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Semua mereka telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di kem tersebut.