TAPAH– Seramai 15 orang terkandas semasa menjalankan aktiviti riadah di Gunung Batu Putih, Batu 7 Kuala Woh di sini,pada tengahari Isnin.

Berdasarkan kenyataan awal Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, kumpulan itu membuat panggilan kecemasan kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas salah seorang daripada mereka patah kaki dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Operasi menyelamat dijalankan yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahman Ibrahim.

Setakat ini tiada sebarang maklumat diperoleh berikutan tiada liputan komunikasi di kawasan terbabit.