KUALA KANGSAR- Seramai 15 orang di lima buah rumah di Batu 14, Kampung Gapis di sini terpaksa dipindahkan akibat banjir kilat petang Ahad.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian tersebut pada pukul 5.54 petang.

Katanya, banjir menyebabkan 15 penduduk di semua kediaman yang terlibat di pindahkan ke tempat yang selamat.

“Setelah banjir kilat surut, semua mangsa pulang ke rumah masing-masing dan tiada pusat pemindahan dibuka,” katanya.