CHENDERONG BALAI: Seramai 150 keluarga asnaf menerima sumbangan kotak makanan daripada Lembaga Air Perak (LAP) sempena perasmian Mini Karnival Teras Keselamatan di Arena Square Chenderong Balai di sini pada Khamis.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

01a1e7d3-966d-46be-88d3-4192739b94a4

Selain itu, 26 orang penduduk sekitar Chenderong Balai turut menerima surat projek rumah melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Zainol di dalam ucapan perasmiannya berkata, karnival itu antara lain untuk meningkatkan kesedaran penduduk setempat mengenai pentingnya keselamatan, bukan sahaja di jalanraya, tetapi juga di rumah dan di mana sahaja.

“Pendekakatan ini lebih efektif untuk kita mendengar masalah rakyat dan membantu mengatasinya,” kata beliau.

39cc27b9-b9fe-4043-9f04-fd6844026989

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia, Datuk Roslan Eusof, Pengarah JPJ Perak, Zawawi Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal NBOS Safe Road Perak, Profesor Madya Madzlan Napiah dan Pegawai Daerah Hilir Perak, Shahrunaim Radzali.

Zainol berkata, kerajaan akan mengambil kira segala pandangan rakyat sepanjang program permukiman diadakan.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang mini karnival itu, antaranya penukaran minyak motor percuma untuk 200 orang, pemeriksaan motosikal yang telah lama tamat cukai jalan, topi keledar percuma dan cabutan bertuah.