TELUK INTAN: Pembukaan jalan pintas dari Jalan Changkat Jong – Jalan Padang Tembak menjadi pemangkin pertumbukan ekonomi bagi 150,000 penduduk di sekitar kawasan Teluk Intan.

Gimik pelancaran disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Rabu, sempena program permukiman di daerah Hilir Perak.

Hadir sama, Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi, Datuk Seri Dr Mah Siew Keong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Exco kerajaan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, ADUN Changkat Jong, Datuk Azhar Jamaluddin dan Pengarah JKR Perak, Datuk Jamilul Nasir Saad.

Projek jalan pintas itu akan mengurangkan kesesakan lalulintas dan dapat manampung kira-kira 10,000 kapasiti kenderaan sehari di samping memendekkan jarak perjalanan lima kilometer selama lima minit.

Ia adalah projek Rancangan Malaysia Kesembilan yang telah dirancang pada tahun 2010 yang merangkumi tiga fasa.

Pembinaan fasa pertama melibatkan kerja-kerja tambakan dan rawatan tanah, termasuk semua kerja perparitan yang siap pada 20 April 2011 debgan kos RM7.2 juta.

Fasa kedua pula melibatkatkan kerja-kerja pembinaan sebuah jambatan bersaiz 20 meter x 40 meter, pembinaan persimpangannJalan Changkat Jong dan persimpangan Kg Banjar yang melibatkan kos RM12.8 juta yang siap pada 17 April 2017.

Bagi kerja fasa ketiga pula, ia melibatkan pembinaan jalan sepanjang 1.9 kilometer bagi menghubungkan persimpangan Jalan Changkat Jong dan jambatan yang melibatkan kos RM2.5 juta yang telah siap pada 12 November 2015.

Pembukaan laluan berjumlah RM25 juta itu adalah sebagai laluan alternatif dan jalan pintas yang menghubungkan Jalan Changkat Jong ke Jalan Padang Tembak.

Is secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan, terutama pada waktu puncak bagi trafik yang menghala ke bandar Teluk Intan.