PASIR SALAK 1 April – Seramai 158 orang pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan persekolahan tahun lalu menerima sumbangan daripada UMNO Bahagian Pasir Salak.

Mereka terdiri daripada pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Majlis yang berlangsumg di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Salak, Chenderong Balai di sini semalam turut dihadiri oleh ibu bapa murid yang menerima sumbangan dan guru-guru. – UTUSAN ONLINE