BANDARAYA MEXICO: Sekurang-kurangya 17 terbunuh dan beberapa orang lagi cedera, selepas sebuah kilang bunga api meletup di tengah Mexico pada Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan.

Letupan berlaku di bandar Tultepec yang terkenal sebagai kawasan pembuatan dan pengeluaran bunga api.

Kejadian itu disahkan Sekretariat Keselamatan Awam negeri.

Media tempatan melaporkan, Gabenor Negeri Alfredo del Mazo telah mengarahkan beberapa pegawai ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa yang terlibat.

Berdasarkan laporan awal, dua letupan berlaku pada waktu pagi di bengkel di La Saucera, di kawasan kejiranan di pinggir Tultepec.

Letupan pertama berlaku kira-kira pukul 9:30 pagi waktu tempatan (14:30 GMT), disusuli letupan kedua beberapa minit kemudian.

–BERNAMA