IPOH: Sebanyak 17 pasukan mengambil bahagian di dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah bagi merebut Piala YB Senator Datuk Hamzah Kassim pada Ahad.
Kejohanan dianjurkan bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng dan Persatuan Bola Sepak Gopeng.
Hamzah berkata, kejohanan itu antara lain bertujuan menggerakkan belia di Gopeng dengan aktiviti yang berfaedah seperti sukan bola sepak.
“Melalui kejohanan sukan seperti ini, kita dapat menyampaikan dasar-dasar kerajaan di samping menjelaskan mengenai isu-isu semasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sebelum majlis penyampaian hadiah.
Beliau memberitahu, kejohanan yang diadakan kali ketiga itu akan dijadikan salah satu acara tahunan UMNO Bahagian Gopeng.
“Kita juga berharap dengan adanya kejohanan ini, akan dapat mengenal pasti pemain-pemain yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat negeri atau kebangsaan,” ujarnya.
Dalam kejohanan itu, pasukan Desa Pakatan muncul juara selepas menewaskan pasukan Chik Buluh FC 2 – 1 pada perlawanan akhir.
Juara menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta medal dan piala pusingan manakal naib juara menerima wang tunai RM700 beserta medal.
Tempat ketiga dan keempat yang dimenengani bersama pasukan Pemuda Bt Gajah dan BSN yang berkongsi wang tunai RM800.