IPOH – Seramai 173 anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2016 di Hotel Kinta Riverfront malam ini.

Anugerah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kasim.

Mereka menerima Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM1,000, sijil penghargaan dan seutas jam tangan.

Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man dan Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria.

Rusnah di dalam ucapannya berharap anugerah tersebut akan menyuntik semangat serta melahirkan persaingan yang sihat antara warga MBI.

Beliau turut melahirkan rasa amat berpuas hati dengan prestasi MBI yang cemerlang berdasarkan 3 aspek iaitu kerjasama berpasukan, penggunaan inovasi dan teknologi sediada dan kerja dijalankan berdasarkan prestasi (KPI).

“Semoga anugerah ini akan menjadi pemangkin kepada warga MBI untuk terus membangunkan Bandaraya Ipoh menjadi sebuah bandaraya yang bersih, hijau dan maju,” ujarnya.

 

anugerah-cemeralang-mbi 2