Oleh:Nazialita Geynna Maharan

TAPAH: Umat Islam di seluruh negeri Perak diingatkan untuk sentiasa bersyukur terhadap setiap pemberian atau nikmat yang diterima khususnya dalam bulan Ramadan.

Katanya, oleh itu, umat Islam digalakkan untuk sentiasa melaksanakan amal jariah sementara berkat bulan Ramadan yang berbaki kurang tujuh hari.

“Biar banyak atau sedikit, sumbangan atau pemberian yang kita terima ini bukan menjadi pengukurnya, sebaliknya kita sentiasa menadah tangan bersyukur terhadap rezeki yang diberikan Allah.

“Itulah petanda, atas segala yang telah diberikan Allah kepada kita, buat masa ini,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berucap demikian pada program Ziarah Kasih Ramadan di Dewan Merdeka Tapah, di sini hari ini.

Tapah dipilih sebagai daerah keenam dalam siri jelajah Ziarah Kasih Yayasan Tabung Haji (TaHa) yang bertujuan mengimarah bulan Ramadan.

Dalam majlis itu, seramai 3,500 penerima terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal dan masyarakat berkeperluan menerima sumbangan Syawal daripada Yayasan TaHa.

Sejumlah RM350,000 diperuntukkan untuk membantu meringankan beban para penerima.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Hasan.