KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan menembak mati dua penjenayah disyaki anggota kumpulan penculik di sebuah pulau di perairan Kunak di pantai timur Sabah, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, pasukan keselamatan turut menemui dua laras senjata api disyaki milik dua suspek terbabit.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan beliau akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak jam 10 pagi ini – berita harian