SUNGAI BULOH: Dua kenderaan bertembung dan terbabas ke dalam longkang di Jalan Megamas, Kampung Baru di sini, semalam.

Nahas jam 12.22 tengah hari itu membabitkan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan Proton Saga.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata pemandu Toyota Hilux, Mohd Jais, 45, dan pemandu Proton Saga, Wong Guo Hui, 28, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kenderaan pacuan empat roda itu yang keluar simpang bertembung dengan Proton Saga yang sedang bergerak lurus menghala ke Jalan Megamas.

“Dua kenderaan itu kemudian terbabas dan terjatuh ke dalam longkang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini – berita harian