TANGKAK: Dua maut, tujuh cedera manakala 30 lagi selamat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di kilometer 163.8 Lebuhraya PLUS, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris berkata, bas berkenaan dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi kiri jalan.

“Bas dalam perjalanan dari Terminal Bas Larkin menuju ke Terminal Bandar Tasik Selatan dan akibat kemalangan, dua mangsa maut manakala yang cedera menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

“Mangsa yang maut dikenali sebagai Tee Suang Lee, 55 dari Jenjarom Selangor dan P Suthan, 33, dari Port Dickson Negeri Sembilan dan mayat dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

“Mangsa yang parah termasuk pemandu bas, Abdul Naib Jumeat, 46, yang patah kaki kiri dan bas dibawa untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini – berita harian