SUBANG JAYA: Dua pekerja cat kontrak maut selepas dilanggar sebuah treler di hadapan pusat beli belah Main Place, USJ, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Ying Hing Kai, 46, dan seorang warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Sapiudin disahkan maut di lokasi kejadian pada jam 2.50 pagi dalam kemalangan di Kilometer 0.6 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Choo Lily berkata, kedua-dua mangsa maut akibat cedera parah di kepala.

“Pemandu treler itu melarikan diri sebaik melanggar mangsa. Kenderaan itu tidak ditemui berhampiran lokasi kejadian.

“Polis masih mengesan pemandu treler berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Choo berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu dalam keadaan cuai,” katanya – berita harian