Subscribe Now

Trending News

2 penunggang maut motosikal bertembung
Nasional

2 penunggang maut motosikal bertembung 

KLUANG 14 Feb. – Dua lelaki maut apabila motosikal jenis Yamaha ditunggang mereka dipercayai bertembung di Felda Ulu Belitong, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa, Faiz Razak, 26, yang beralamat di Ladang Sindora maut di tempat kejadian, manakala Md. Rizel Sanip, 39, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, siasatan awal mendapati, motosikal ditunggang Md. Rizel dipercayai cuba memotong sebuah Perodua Myvi sebelum bertembung dengan Rizal

“Pertembungan itu menyebabkan kedua-dua penunggang tercampak ke tepi jalan dan kedua-dua mangsa mengalami beberapa kecederaan parah termasuk bahagian kepala dan badan,” katanya di sini, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

 

Related posts