GERIK: Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari lagi, Alumni 4B Gerik tidak lupa kepada 20 ahlinya yang kurang bernasib baik.

Barisan kepimpinan Alumni 4B Gerik yang diketuai pengerusinya, Datuk Wan Azizi Wan Mohamed menyampaikan sumbangan keperluan dapur di samping duit raya kepada mereka yang uzur dan memerlukan bantuan.

Menurut Wan Azizi, sumbangan itu mungkin tidak seberapa tetapi pihaknya berharap ia serba sedikit dapat mengurangkan beban kewangan golongan tersebut.

“Kita amat prihatin masalah yang dihadapi oleh kumpulan ini dan sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, kita beri sedikit sumbangan untuk mereka.

“Kita berharap, dengan sedikit sumbangan barangan keperluan dapur dan duit raya, setidak-tidaknya dapat meringankan sedikit kos sara hidup mereka,” katanya kepada Suara Perak.

1/2