IPOH – Seramai 2,000 pegawai dan anggota polis telah dikerahkan untuk berada di Kuala Kangsar dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Menurut Timbakan Ketua Polis Perak, DCP Datuk Hasnan Hassan, pihak polis Perak telahpun membuat persediaan rapi untuk menghadapi PRK P067 Kuala Kangsar itu

“Kita akan beramai-ramai berkampung di Kuala Kangsar tidak lama lagi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh pada Selasa.

Beliau berkata, setakat ini polis percaya keadaan PRK di Kuala Kangsar akan berjalan lancar dalam suasana aman.

Hasnan turut memberitahu bahawa  pihak polis telah mengesan 20 kawasan panas (hot spot) dan akan memberi lebih tumpuan dan pemantauan di kawasan-kawasan berkenaan.

Menurut beliau, ia bagi memastikan semua pengundi yang akan keluar mengundi pada hari pengundian dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing di pusat-pusat pengundian yang telah disediakan.