IPOH: Seramai 216 pelajar di tiga buah sekolah di sini, telah disahkan terkena jangkitan Influenza A (H3) atau selesema bermusim dan bukannya selesema babi (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata kesemua pelajar yang dikesan terkena jangkitan itu adalah seramai 129 pelajar dari Sekolah Raja Perempuan Taayah (SRPT), 84 pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) dan tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Klebang.

d44e84f5-f45d-4a45-8fdd-15087cd856fa

Menurut beliau, jangitan tersebut telah disahkan selepas Jabatan Kesihatan negeri melakukan analisis terhadap 12 sampel di SRPT dan STAR.

“Jangkitan ini telah dikesan mulanya di Sekolah Taayah pada Sabtu lalu, kemudiannya STAR pula dua hari kemudian dan pagi ini tiga lagi murid di SK Klebang.

“Seramai 127 pelajar di Sekolah Raja Perempuan Taayah kini dikuarantin di asrama sekolah manakala dua pelajar dirawat di Hospital Columbia Taiping selepas diambil oleh keluarga mereka kelmarin.

“Di STAR pula kesemuanya telah dikuarantin di asrama khas manakala tiga lagi di SK Klebang itu telah dibenarkan pulang,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan di Sekolah Raja Perepuan Taayah dan STAR pada Jumaat.

1f6c5daa-de9e-4925-8035-e487f89e2684

8a3e467c-5b96-4895-a0da-26b4b1138915
Dr Mah berkata, semua pelajar yang menghidapinya dikesan mempunyai gejala yang sama iaitu demam, batuk, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, kelesuan dan selesema.

“Ia adalah gejala demam selesema biasa dan bermusim yang kebiasaan akan sembuh dalam tempoh lima hingga tujuh hari, ianya bukan satu polimik yang serius.

“Cuma saya harap kita semua mengambil langkah berjaga-jaga, kalau kita tidak sihat cepat-cepat pergi ke klinik atau hospital dan elakkan tempat orang ramai selain menjaga kebersihan,” ujar beliau.