AIR KUNING: Seramai 2,272 guru di 82 buah sekolah di daerah Batang Padang menerima tablet percuma di bawah program Tutor Guru & E-Paper Utusan Malaysia.

Pengagihan tablet itu antara lain bertujuan memperkasakan bidang pendidikan di daerah tersebut.

f8738be9-6704-4b94-a4b5-d29b07155515

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan berharap, dengan pengagihan itu, prestasi pendidikan di sekolah-sekolah dapat dipertingkatkan.

cc67290c-8d9b-4dd8-8980-85e46ddf278b“Kita berharap dengan bantuan melalui tablet ini, keputusan UPSR, PT3, SPM dan STPM di daerah ini meningkat,” katanya ketika berucap di majlis penyampaian tablet kepada guru besar dan pengetua 82 buah sekolah berkenaan di Arena Square, Tanjung Keramat di sini pada Isnin.

Pemberian tablet serta tutor guru itu menjadi platform untuk guru merancang pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mereka.

Majlis penyampaian itu diadakan sempena program Permukiman Menteri Besar di Daerah Batang Padang & Kampar yang berlangsung 25 – 30 September ini.

f9593a04-14be-4ecd-85a9-9a836d3365beSebanyak 130 program telah disusun sepanjang permukiman itu, termasuk 30 yang akan disertai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Di dalam ucapannya, Samsudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning meminta guru-guru untuk membantu menjelaskan maklumat yang diterima melalui media sosial.

“Guru-guru sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting untuk membentuk modal insan masa depan yang lebih baik,” ujarnya.