IPOH:Seramai 231 mangsa banjir di sekitar daerah Larut,Matang dan Selama dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan. banjir yang berlaku seawal pukul 4 pagi Khamis.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, kesemua mangsa yang terdiri daripada 60 keluarga, dipindahkan berikutan paras air yang meningkat secara mendadak berikutan hujan lebat berterusan sejak lewat malam Rabu.

Jelasnya, mereka ditempatkan di enam pusat pemindahan dan sehingga pukul 12 tengahari Khamis paras air telah menurun secara perlahan-lahan namun pemantauan masih dilaksanakan buat masa ini.

WhatsApp Image 2017-03-30 at 10.29.40
“Seramai 30 mangsa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Changkat Larah manakala 60 orang lagi telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara SK Temelok dan jumlah mangsa di Surau Kelip-kelip Kg Dew agak ramai iaitu seramai 96 orang.

“Di Dewan Orang Ramai Kg Pinang Seberang, seramai 10 orang ditempatkan dan 13 orang pula dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kg Jelapang manakala 22 orang pula dipindahkan ke Surau Ar-Rahmaniah dalam pemindahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Tambah beliau, beberapa agensi turut terlibat dalam memastikan kelancaran proses pemindahan dan memastikan keadaan terkawal seperti pihak PDRM, Bomba, Rela, JKKK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.