Kuala Lumpur: Sebanyak 2,444 hidupan liar mati dilanggar kenderaan di jalan terutama ketika musim perayaan. Ia hasil rekod dikumpulkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bermula 2012 hingga Disember 2017.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, biawak dan musang masing-masing mencatatkan kematian paling tinggi dengan 764 ekor dan 446 ekor.

Beliau berkata, kambing gurun dan harimau merekodkan kematian paling rendah, masing-masing dua ekor dan tiga ekor.

“Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati terutama dalam perjalanan ke kampung sempena perayaan Aidilfitri,” katanya -hmetro