LANGKAP: 250 orang menerima cermin mata percuma yang dijanjikan ketika Permukiman Menteri Besar di Daerah Hilir Perak pada April lalu.

Seramai 120 daripada mereka menerima cermin mata itu dalam majlis khas di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik di sini hari ini, manakala bakinya pada Rabu.

0bd93796-0bd0-427f-af88-9ab6dc0e3a16ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, penyampaian itu mengambil sedikit masa kerana bilangannya yang banyak.

Menurut beliau, kerajaan negeri tidak pernah lupa terhadap janji yang dibuat, lebih-lebih untuk membantu rakyat yang memerlukan, tanpa mengira kaum dan peringkat umur.

“Hari ini kita serahkan cermin mata percuma kepada 120 penerima yang terdiri daripada pelajar hinggalah kepada warga emas,” katanya kepada Suara Perak.

Zainol di dalam ucapannya berharap cermin mata itu dapat memberi manfaat kepada penerima untuk menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih sempurna dan selesa.

“Gunakanlah sebaik mungkin cermin mata ini, misalnya bagi pelajar, untuk meningkatkan diri dalam pelajaran manakala bagi warga emas, dapat jalani kehidupan lebih jelas,” ujarnya.