IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak setakat jam 8 malam Selasa menurun kepada 255 orang daripada 68 keluarga masih berbanding 387 orang di sebelah tengahari.

Mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri.

Menurut Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak, seramai 34 mangsa daripada enam keluarga adalah di daerah Hilir Perak yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Kerawai.

Bagi daerah Manjung pula, mangsa masih kekal 208 orang daripada 58 keluarga ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai.

Sementara itu di daerah Larut, Matang dan Selama, seramai 13 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Surau Kampung Padang Serai.