IPOH 25 April – Sebanyak 260 pegawai kanan dan anggota pangkat rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara sebagai menghargai bakti dan pengorbanan mereka dalam menunaikan tanggungjawab sepanjang berkhidmat dengan pasukan keselamatan itu.

Mendahului senarai penerima adalah Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Asisten Komisioner Ng Kong Soon diikuti Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby dan Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat.

Turut menerima pingat ialah tiga pegawai kanan daripada Cawangan Khas IPK Perak iaitu Superintenden Kamal Rudin Hadi, Superintenden Tan Kan Keong dan Superintenden Zainal Abidin Ahmad Zakaria serta Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan IPK Perak, Superintenden Noraziah Zakaria.

Penyampaian pingat disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Perak 2019 di Mes Pegawai Kanan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd. Rahim Jaafar; Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Mazli Mazlan; Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dan Ketua JPJKK Perak, Senior Asisten Komisioner Mohamad Laham. – UTUSAN ONLINE