LUMUT- Seramai 264 orang awam di negeri ini menyertai Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) bagi peringkat Negeri Perak.

4672cba2-bbee-429d-8303-34cbe946336f

Temuduga terbuka telah dijalankan pada 22 dan 23 Februari 2017 yang lalu mendapat sambutan yang menggalakkan oleh komuniti setempat dan hampir 350 orang yang hadir bagi temuduga tersebut.

Majlis perasmian Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia peringkat Negeri Perak telah dirasmikan oleh Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Bin Mohd Omar bertempat di Pejabat Maritim Daerah 3 Lumut.

5939e0cf-b038-4a69-a5f2-8b7c47dc3430

Menurut Zulkarnain, penubuhan Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat terutamanya komuniti maritim untuk mengambil bahagian dalam meningkatkan kesedaran berkaitan maritim dan penguatkuasaan undang-undang serta memastikan kesejahteraan dan keselamatan kawasan maritim setempat.

Zulkarnain juga berkata, pengambilan anggota PSSMM dalam kalangan komuniti maritim sebagai ‘mata dan telinga’ kepada APMM dalam menyalurkan maklumat bagi menangani perlakuan jenayah di laut. Anggota PSSMM juga akan dipanggil dari semasa ke semasa untuk menjalani latihan dan modul tertentu sebagai pendedahan dan memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada setiap anggota.

“Dengan adanya penubuhan pasukan sukarelawan ini, ahli-ahli sahabat maritim yang menyertai Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia juga boleh memberi sumbangan tenaga, kemahiran dan idea secara sukarela,” katanya dalam satu Kenyataan pada Rabu.