TAIPING – Sebanyak 27 kenderaan terjual dalam satu lelongan terbuka yang diadakan di Dewan Serbaguna, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Taiping, pagi tadi.

Dalam acara lelongan yang bermula jam 9 pagi itu, sebanyak 16 motosikal, tujuh kereta dan buah van dilelong kepada 60 pembida yang hadir dengan harga keseluruhan RM32,800 termasuk 90 naskah buku bida yang berjaya terjual dengan harga RM4,500.

Harga lelongan setiap kenderaan berbeza-beza dan bermula daripada harga serendah RM100 dan nilai jualan tertinggi yang dicatatkan adalah sebuah kenderaan jenis Honda Accord SV4 yang dibida pembeli dengan harga RM4,100.

 Turut hadir dalam lelongan itu, Pengarah JPJ Perak, Mohd Zawawi Zakaria dan turut dihadiri wakil Jabatan Audit Negara Negeri Perak dan Puspakom Taiping.

Acara lelongan yang pertama kalinya diadakan JPJ Taiping ini, tamat sekitar jam 11 pagi tadi dan berjalan dengan lancar sekali.

-SinarHarian