IPOH: Seramai 28 peserta selesai menjalani kursus prestasi tinggi Persekutuan Hoki Asia (AHF) selama lima hari di Akademi Hoki Raja Ashman Shah di sini, semalam

Mereka terdiri daripada jurulatih berkelayakan dari 18 negara dari benua Asia, Eropah dan Afrika.

Presiden AHF, Datuk Tayyab Ikram dalam ucapannya berkata penganjuran kursus itu sebagai satu lagi mercu tanda kejayaan badan induk hoki Asia itu serta akademi itu.

“Saban tahun kita anjurkan kursus di akedemi bertujuan meningkatkan mutu sukan hoki dibenua Asia.

“Dengan bantuan dan kerjasama Persekutuan Hoki Dunia (FIH) program pembangunan kejurulatohan dan pengurusan dapat diadakan,”
katanya.

Menurut Thayyab, mereka yang menghadiri kursus prestasi tinggiini adalah bakal jurulatih pasukan kebangsaan negara masing-masing.

Menurutnya lagi, beberapa peserta kursus seumpama itu terbabit dalam pengendalian pasukan kebangsaan semasa Olimpik Rio.

“Saya ingin mencupkan tahniah dan syabas kepada peserta yang terpilih ke kursus ini dan berharap mereka mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing.

Adinda Sultan Perak, Raja Datuk Seri Azureen Almarhum Sultan Azlan Muhiduddin Shah menyempurnakan penyampaikan sijil.

Turut hadir ialah balu almarhum Raja Ashman, Datuk Seri Noraini Jane Tan Seri Kamarul Ariffin serta Presiden Persatuan Hoki Perak, Datuk Abd Rahim Md Ariff.