Subscribe Now

Trending News

Kumpulan pekerja Kemboja tiba Jun depan
Nasional

Kumpulan pekerja Kemboja tiba Jun depan 

PUTRAJAYA 9 Feb. – Kumpulan pertama pekerja warga Kemboja bagi mengisi enam sektor pekerjaan di negara ini termasuk pembantu rumah dijangka tiba pada 1 Jun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Richard Riot Jaem berkata, penerimaan pekerja asing tersebut adalah memenuhi komitmen Memorandum Persefahaman (MoU) Malaysia-Kemboja yang ditandatangani pada 10 Disember 2015.

Katanya, enam sektor yang akan melibatkan pekerja-pekerja terbabit adalah perkilangan, pembinaan, perladangan, perkhidmatan, pertanian dan pembantu rumah.

“Dari segi jumlah pekerja Kemboja untuk kumpulan pertama ini, jumlah berkenaan sedang ditentukan oleh pihak kerajaan Kemboja.

“Bagaimanapun, kita telah menetapkan setiap pekerja berkenaan perlu mengikuti program latihan prapelepasan di Kemboja mengikut modul yang ditetapkan Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat bilateral bersama Menteri Buruh dan Latihan Vokasional Kemboja, Dr. Ith Samheng di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related posts