KAJANG: Tiga mesin pembayaran automatik untuk bil telefon pintar yang ditempatkan di sebuah premis syarikat telekomunikasi di Jalan Evenue 1A, Taman Muhibbah, Kajang dekat sini terbakar pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang, berkata pihaknya berjaya memadam kebakaran premis itu yang berkeluasan 12×12 kaki persegi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.30 pagi.

“Balai Bomba Kajang mengerahkan seramai enam anggota dan tiga jentera bagi menangani isu berkenaan.

“Satu hos bomba digunakan untuk memadam api yang marak itu.

“Setelah memastikan semua keadaan selamat, jentera bersama anggota bertolak pulang ke balai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini – berita harian