PETALING JAYA: Pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 bersama 2 badan bukan kerajaan mendesak Dr Mahathir Mohamad menetapkan tarikh untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Bersih bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) memberi tempoh sehingga 9 Mei 2021 untuk pengerusi Pakatan Harapan itu menyerahkan kuasanya kepada Anwar.

“Ini selari dengan perjanjian pra-pilihan raya umum ke-14 antara gabungan parti komponen PH,” kata Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann pada sidang media di ibu pejabatnya hari ini.

“Walaupun tidak ada rangka masa yang dinyatakan dalam perjanjian itu, Mahathir dalam pelbagai majlis sering mengatakan tempoh peralihan akan mengambil masa 2 ke 3 tahun selepas PH membentuk kerajaan.”

-FMT