TANJUNG TUALANG: Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) berjaya mengembalikan nostalgia tayangan wayang pacak di kawasan lapang era 1960-an apabila menghimpunkan kira-kira 3,000 penonton menyaksikan Wayang Pacak Amal J Revolusi.

Program itu juga bertepatan dengan usaha untuk memperkenalkan lokasi bersejarah satu-satunya kapal korek yang masih wujud di Tanjung Tualang yang sinonim dengan kawasan bekas lombong bijih timah.

Kehadiran orang ramai khususnya masyarakat setempat memeriahkan suasana malam di kawasan kapal korek yang dikenali sebagai TT5 itu.

aa011a17-69c1-4b60-99c4-0287bface2c5

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Datuk Aminudin Hashim hadir bersama Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zainuddin Yaacob dan wakil Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA).

Tidak ketinggalan, pelakon utama filem J Revolusi, Zul Ariffin yang hadir bagi menjayakan tayangan amal filem itu di negeri ini.

Filem aksi berdurasi 1 jam 40 minit itu mula ditayangkan di pawagam pada 2 Mac lalu dengan beberapa babak dilakonkan di kawasan kapal korek Tanjung Tualang.

Sebelum wayang pacak berakhir, MB Inc. menyampaikan sumbangan goodies bag dan duit raya kepada 28 orang anak-anak yatim dari Dahikmah, Gopeng.