IPOH: Hujan lebat malam tadi menyebabkan beberapa buah rumah di Kampung Ara, Sungai Manik , dekat sini dinaiki air kira-kira 0.3 meter.

Kawasan yang terlibat ialah Parit 3 dan Parit 5 kampung tersebut.

Sehingga jam 8.10 pagi ini, seramai 31 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsan Kampung Ara yang dibuka jam 9.30 malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, mangsa terdiri daripada 10 buah keluarga.

Mereka terdiri daripada lelaki dewasa (9), perempuan dewasa (9), kanak-kanak lelaki (6) dan kanak-kanak perempuan (7).