Subscribe Now

Trending News

327 Saman Dikeluarkan Dalam Op Tutup
Nasional

327 Saman Dikeluarkan Dalam Op Tutup 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 327 saman dikeluarkan terhadap pesalah trafik atas pelbagai kesalahan dalam Op Tutup di Jalan Raja Laut di sini malam tadi.

Operasi yang bermula kira-kira 11 malam itu bagi membanteras budaya samseng jalanan dan aktiviti lumba haram di sekitar ibu kota menjelang tahun baru.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, sebanyak 970 motorsikal dan 138 kenderaan telah diperiksa dalam operasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan kita telah berjaya menahan tujuh individu atas pelbagai kesalahan seperti kesalahan dadah dan alkohol termasuk seorang lelaki tempatan dan tiga wanita warga Thailand. – K! ONLINE

Related posts