TANJUNG MALIM – [DIKEMASKINI] Seramai 34 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dikhuatiri sesat ketika melakukan aktiviti merentas hutan berhampiran sebuah resort di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Zaini Saleh berkata, tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan Mers 999 pada jam 6.25 petang.

“Maklumat awal diterima, kesemua pelajar terbabit dipercayai tersesat ketika melakukan aktiviti terbabit. Difahamkan, terdapat mangsa yang lemah dalam kumpulan itu.

“Maklumat lengkap masih belum diperolehi kerana talian komunikasi di lokasi kejadian adalah terbatas,” katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan bantuan dua anggota polis dan dua orang awam – sinar