Oleh: Nazialita Geynna Maharan

TAPAH: Seramai 3,500 golongan asnaf di Parlimen Tapah menerima sumbangan menerusi Program Ziarah Kasih Ramadan Al-Mubarak 2017 di sini hari ini.

e0c9ed93-b40d-4636-bf18-abdf97b1949fMenurut beliau, Tapah merupakan Parlimen keenam selepas Teluk Intan, Sungai Siput, Bukit Gantang, Lumut dan Kampar bagi program itu di negeri ini dengan mencatatkan jumlah penerima terbanyak.

“Dari segi jumlah penerima, kita tingkatkan lagi bilangannya; di kawasan Parlimen lain jumlahnya antara 1,500 ke 2,000 orang tetapi di sini mencecah sehingga 3,500 penerima.

“Sumbangan kepada 3,000 penerima adalah daripada Yayasan Tabung Haji manakala baki seramai 500 orang menerima sumbangan wakil rakyat kawasan ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengagihan sumbangan berkenaan yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

d4b0aa0d-6e60-4c6a-a581-4a47042fa6d0

Menurut beliau, meskipun sumbangan yang diberikan bukan dalam jumlah yang besar namun pengertian di sebalik bantuan itu sebenarnya memberi makna yang tersendiri kepada setiap penerima.

Katanya, pendekatan yang diambil menerusi program berkenaan turut mewujudkan kerjasama dan hubungan baik antara masyarakat dan pemimpin setempat.

“Semasa bertemu dengan sebahagian penerima, mereka ada menyatakan rasa teruja dan terima kasih.

“Ini bukan soal nilai sumbangan yang menjadi agenda utama tetapi sejauh mana sentuhan kita secara terus kepada mereka, agar dapat memberi keceriaan menjelang Aidilfitri,” katanya.