IPOH: Seramai 35,718 calon menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di 272 pusat di seluruh negeri Perak yang bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, daripada jumlah itu, 71 orang merupakan calon persendirian dan tiga pelajar merupakan calon tahanan.

“Semua calon menduduki peperiksaan PT3 di 272 pusat di seluruh negeri ini,” katanya di sini, hari ini.